Portal Komuniti Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves, Selangor
Emel: wiradamai2026@gmail.com | Tel: 03-6187 0800

Projek Kampung Angkat Madani

Penglibatan 7 universiti awam dalam pembangunan komuniti, pemindahan ilmu, perkongsian kepakaran dan pelaksanaan projek Kampung Angkat Madani di Kampung Melayu Wira Damai.

Kampung Angkat Madani

Rakan Kolaborasi Universiti Awam

7 universiti awam terlibat melalui 15 projek, termasuk projek kendalian universiti secara individu dan projek kolaborasi antara universiti.

7 Universiti Terlibat
Pelaksanaan Program

Projek & Aktiviti

15 projek tetap yang dilaksanakan oleh 7 universiti awam secara individu dan kolaborasi.

15 Dipaparkan
15 Jumlah Projek
2 Kolaborasi
KEBUN PERTANIAN KOMUNITI
UPM
KAM-UPM-01
KEBUN PERTANIAN KOMUNITI

Projek ini telah dilaksanakan bagi memperkasakan ilmu dan kemahiran komuniti bagi membangunkan kebun pertanian komuniti di kawasan terbiar di sebelah dewan komuniti bagi membolehkan penanaman sayuran dan tuaian tersebut dijual bagi menjana pendapatan tambahan kepada para peserta projek.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
PEMBANGUNAN PORTAL KOMUNITI
UKM
KAM-UKM-01
PEMBANGUNAN PORTAL KOMUNITI

Menerusi projek ini satu portal komuniti Kampung Melayu Wira Damai telah dibangunkan bagi membolehkan perkongsian maklumat dikalangan penduduk kampung untuk mempromosikan aktiviti perniagaan dan maklumat lain berkenaan Kampung Melayu Wira Damai. Portal ini juga membolehkan para penduduk mengemukakan aduan dan cadangan berhubung fasiliti di kampung.

Lokasi Dalam Talian
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
PROJEK KEUSAHAWANAN MADU KELULUT
UIAM UPM
KAM-UPM-UIAM-01
PROJEK KEUSAHAWANAN MADU KELULUT

Projek ini telah dilaksanakan bagi membolehkan komuniti Kampung Melayu Wira Damai membangunkan sebuah kawasan terbiar untuk dijadikan sebagai tapak bagi mengusahakan projek Keusahawanan Madu Kelulut. Menerusi projek ini para peserta bukan sahaja memperolehi ilmu dan kemahiran berhubung keusahawanan madu kelulut tetapi ia juga membolehkan para peserta memperolehi pendapatan tambahan menerusi tuaian dan penjualan madu kelulut tersebut.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
KLINIK BOLASEPAK
UPNM
KAM-UPNM-01
KLINIK BOLASEPAK

Projek Klinik Bolasepak ini telah meningkatkan ilmu dan kemahiran serta melatih para peserta yang terdiri daripada golongan belia berhubung kemahiran asas bola sepak. Projek ini juga membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental para belia terbabit menerusi melalui aktiviti sukan dan latihan yang dilaksanakan.

Lokasi Padang Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
PROJEK PEMBAIKAN DAPUR DEWAN & PEMASANGAN SISTEM SOLAR
UTM
KAM-UTM-01
PROJEK PEMBAIKAN DAPUR DEWAN & PEMASANGAN SISTEM SOLAR

Menerusi projek ini, dapur di dewan masyarakat Wira Damai telah dibaiki dan diubahsuai untuk menjadi ruang dapur yang selesa dan lengkap dengan peralatan dapur bagi digunakan oleh penduduk kampung. UTM KL telah berkerjasama dengan UiTM dalam memasang peralatan dan kelengkapan dapur tersebut. Sistem dan panel solar juga telah dipasang diatas bumbung Pusat Pembangunan Ekonomi Komuniti Wira Damai bagi membantu mengurangkan kos elektrik di dewan masyarakat tersebut.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
KURSUS TEKNO-USAHAWAN
UTM
KAM-UTM-02
KURSUS TEKNO-USAHAWAN

Projek ini telah melatih beberapa penduduk Kampung Melayu Wira Damai dengan ilmu dan kemahiran penyelanggaraan sistem penyamanan udara (hawa dingin) melalui latihan teknikal bersijil.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
PUSAT PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI
UiTM UTM
KAM-UTM-UITM-01
PUSAT PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI

Pusat Pembangunan Ekonomi Komuniti adalah satu inisiatif bagi memperkasakan komuniti Kampung Melayu Wira Damai dengan penambahan sebuah infrastruktur berupa bangunan kontena untuk dijadikan Pusat Pembangunan Ekonomi Komuniti bagi menyediakan satu pusat setempat bagi memperkasakan usaha peningkatan sosioekonomi komuniti menerusi projek keusahawanan bertujuan untuk menjana dan meningkatkan pendapatan komuniti. Bangunan tersebut menempatkan sebuah Kafe Komuniti, studio digital, ruang bagi aktiviti keusahawanan dan sebuah pusat tuisyen untuk komuniti Kampung Melayu Wira Damai.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
KAFE KOMUNITI : KAFE DAMAI
UiTM
KAM-UITM-01
KAFE KOMUNITI : KAFE DAMAI

Projek Kafe Komuniti : Kafe Damai adalah satu inisiatif bagi memperkasakan sosioekonomi komuniti Kampung Melayu Wira Damai dengan pembangunan dan pengoperasian sebuah kafe di Pusat Pembangunan Ekonomi Komuniti Wira Damai bagi merancakkan aktiviti keusahawanan khususnya perniagaan kafe oleh komuniti kampung.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
PROJEK PEMBINAAN & PEMBAIKAN PARIT
UiTM
KAM-UITM-02
PROJEK PEMBINAAN & PEMBAIKAN PARIT

Projek ini telah dilaksanakan bagi memperbaiki dan menambahbaik sistem saliran di kawasan kampung bagi mengurangkan risiko banjir kilat dan takungan air. Pelaksanaan projek ini juga secara langsung telah mempertingkatkan lagi kebersihan dan keselesaan persekitaran kampung menerusi pembaikan dan penyelenggaraan longkang yang lebih efisien dan teratur.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
LATIHAN USAHAWAN KAFE & BARISTA
UiTM
KAM-UITM-03
LATIHAN USAHAWAN KAFE & BARISTA

Projek ini telah dilaksanakan bagi melatih beberapa penduduk Kampung Melayu Wira Damai dengan kemahiran sebagai barista dan memperkasakan ilmu berkaitan pengoperasian kafe yang menyediakan makanan yang selamat, sihat dan berkhasiat.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
LATIHAN USAHAWAN PRODUK MAKANAN RETORT
UiTM
KAM-UITM-04
LATIHAN USAHAWAN PRODUK MAKANAN RETORT

Projek ini telah dilaksanakan untuk membangunkan dan melatih usahawan wanita Kampung Melayu Wira Damai bagi menjana pendapatan menerusi penghasilan dan penjualan produk makanan retort.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
PROJEK KEUSAHAWANAN CENDAWAN
UiTM
KAM-UITM-05
PROJEK KEUSAHAWANAN CENDAWAN

Projek ini telah dilaksanakan untuk melatih beberapa penduduk Kampung Melayu Wira Damai dengan ilmu dan kemahiran keusahawanan cendawan dimana menerusi hasil tuaian cendawan yang diperolehi para peserta dapat menjana pendapatan tambahan.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
TUISYEN WIRA EDUCARE
UM
KAM-UM-01
TUISYEN WIRA EDUCARE

Projek ini adalah bertujuan untuk memperkasa para pelajar di Kampung Melayu Wira Damai menerusi pelaksanaan tuisyen percuma, sokongan motivasi, dan bimbingan akademik dalam beberapa subjek kritikal, bagi membantu para pelajar tersebut mengatasi cabaran pembelajaran dan mencapai kecemerlangan.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
KURSUS PEMASARAN DIGITAL : WIRA USAHAWAN
UM
KAM-UM-02
KURSUS PEMASARAN DIGITAL : WIRA USAHAWAN

Menerusi projek ini penduduk Kampung Melayu Wira Damai telah dilatih dengan ilmu dan kemahiran pemasaran digital bagi membolehkan para peserta untuk memulakan aktiviti perniagaan dalam talian (online) dan seterusnya menjana pendapatan. Para peserta juga telah diberi latihan berhubung pengurusan kewangan.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
PROJEK NAIK TARAF JALAN: WIRA PRIHATIN
UM
KAM-UM-03
PROJEK NAIK TARAF JALAN: WIRA PRIHATIN

Menerusi projek ini tinjauan keadaan jalan raya di Kampung Melayu Wira Damai telah dilaksanakan untuk mengenalpasti bahagian jalan yang rosak dan memerlukan pembaikan. Dua (2) jalan / lorong telah diperbaiki dan diturap semula. Kerja-kerja pembaikan jalan dilaksanakan mengikut spesifikasi teknikal dan piawaian yang ditetapkan

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek