Penglibatan 7 universiti awam dalam pembangunan komuniti, pemindahan ilmu, perkongsian kepakaran dan pelaksanaan projek Kampung Angkat Madani di Kampung Melayu Wira Damai.
7 universiti awam terlibat melalui 15 projek, termasuk projek kendalian universiti secara individu dan projek kolaborasi antara universiti.
Memaparkan projek yang melibatkan UPM . Projek kolaborasi turut disenaraikan.
Projek ini telah dilaksanakan bagi memperkasakan ilmu dan kemahiran komuniti bagi membangunkan kebun pertanian komuniti di kawasan terbiar di sebelah dewan komuniti bagi membolehkan penanaman sayuran dan tuaian tersebut dijual bagi menjana pendapatan tambahan kepada para peserta projek.
Lihat Maklumat Projek
Projek ini telah dilaksanakan bagi membolehkan komuniti Kampung Melayu Wira Damai membangunkan sebuah kawasan terbiar untuk dijadikan sebagai tapak bagi mengusahakan projek Keusahawanan Madu Kelulut. Menerusi projek ini para peserta bukan sahaja memperolehi ilmu dan kemahiran berhubung keusahawanan madu kelulut tetapi ia juga membolehkan para peserta memperolehi pendapatan tambahan menerusi tuaian dan penjualan madu kelulut tersebut.
Lihat Maklumat Projek