Portal Komuniti Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves, Selangor
Emel: wiradamai2026@gmail.com | Tel: 03-6187 0800

Usahawan Tempatan

Direktori perniagaan komuniti untuk mempromosikan kedai, makanan, servis, produk kraftangan dan pautan ke platform online seperti TikTok Shop.

Madu Kelulut Wira Damai
Penternakan, Keusahawanan

Madu Kelulut Wira Damai

Pemilik: Komuniti Kg Melayu Wira Damai

Penternakan madu kelulut di Wira Damai merupakan hasil kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama komuniti setempat. Aktiviti ini memberi pendedahan kepada penduduk mengenai pengurusan penternakan kelulut dan penghasilan madu. Madu yang dihasilkan diproses, dibungkus dan dipasarkan oleh komuniti sebagai produk tempatan, sekali gus membantu menjana pendapatan serta memperkukuh ekonomi penduduk Wira Damai.

📍 Kg. Melayu Wira Damai
📞 03-31456778 / 013-3225616
Produk Makanan Retort
Makanan, Keusahawanan

Produk Makanan Retort

Pemilik: Komuniti Kg Melayu Wira Damai

Penghasilan produk makanan retort merupakan salah satu inisiatif pembangunan ekonomi komuniti Wira Damai melalui kerjasama bersama institusi pengajian tinggi. Kaedah retort membolehkan makanan diproses dan dibungkus secara lebih tahan lama tanpa menjejaskan kualiti serta rasa produk. Produk yang dihasilkan dipaket dan dipasarkan sebagai produk komuniti, sekali gus membuka peluang kepada penduduk untuk menjana pendapatan serta mengembangkan potensi produk makanan tempatan.

📍 Kg. Melayu Wira Damai
📞 03-31456778 / 013-3225616
The Damai Cafe
Minuman dan Makanan

The Damai Cafe

Pemilik: Komuniti Kg Melayu Wira Damai

Menjual kopi, sarapan melayu, makanan barat dan pencuci mulut.

📍 Gua Damai Extreme Park
📞 013-322 5616
Kebun Komuniti Pertanian
Pertanian, Keusahawanan

Kebun Komuniti Pertanian

Pemilik: Komuniti Kg Melayu Wira Damai

Kebun Komuniti Pertanian Wira Damai merupakan hasil kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama komuniti setempat dalam memperkasa pertanian bandar dan meningkatkan sosioekonomi penduduk. Kebun ini diusahakan oleh penduduk Wira Damai dengan bimbingan serta pemindahan ilmu pertanian daripada UPM. Hasil tanaman seperti sawi, kangkung dan cili dituai dan dijual oleh penduduk setempat, sekaligus menjana pendapatan tambahan serta menggalakkan semangat kerjasama dan kelestarian komuniti.

📍 Kg. Melayu Wira Damai
📞 03-31456778 / 013-3225616