Madu Kelulut Wira Damai
Penternakan madu kelulut di Wira Damai merupakan hasil kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama komuniti setempat. Aktiviti ini memberi pendedahan kepada penduduk mengenai pengurusan penternakan kelulut dan penghasilan madu. Madu yang dihasilkan diproses, dibungkus dan dipasarkan oleh komuniti sebagai produk tempatan, sekali gus membantu menjana pendapatan serta memperkukuh ekonomi penduduk Wira Damai.