Projek ini telah dilaksanakan bagi membolehkan komuniti Kampung Melayu Wira Damai membangunkan sebuah kawasan terbiar untuk dijadikan sebagai tapak bagi mengusahakan projek Keusahawanan Madu Kelulut. Menerusi projek ini para peserta bukan sahaja memperolehi ilmu dan kemahiran berhubung keusahawanan madu kelulut tetapi ia juga membolehkan para peserta memperolehi pendapatan tambahan menerusi tuaian dan penjualan madu kelulut tersebut.