Portal Komuniti Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves, Selangor
Emel: wiradamai2026@gmail.com | Tel: 03-6187 0800

Projek Kampung Angkat Madani

Penglibatan 7 universiti awam dalam pembangunan komuniti, pemindahan ilmu, perkongsian kepakaran dan pelaksanaan projek Kampung Angkat Madani di Kampung Melayu Wira Damai.

Kampung Angkat Madani

Rakan Kolaborasi Universiti Awam

7 universiti awam terlibat melalui 15 projek, termasuk projek kendalian universiti secara individu dan projek kolaborasi antara universiti.

7 Universiti Terlibat
Pelaksanaan Program

Projek Universiti Teknologi MARA

Memaparkan projek yang melibatkan UiTM . Projek kolaborasi turut disenaraikan.

6 Dipaparkan
15 Jumlah Projek
2 Kolaborasi
Papar universiti : UiTM — Universiti Teknologi MARA
Papar Semua
PUSAT PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI
UiTM UTM
KAM-UTM-UITM-01
PUSAT PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI

Pusat Pembangunan Ekonomi Komuniti adalah satu inisiatif bagi memperkasakan komuniti Kampung Melayu Wira Damai dengan penambahan sebuah infrastruktur berupa bangunan kontena untuk dijadikan Pusat Pembangunan Ekonomi Komuniti bagi menyediakan satu pusat setempat bagi memperkasakan usaha peningkatan sosioekonomi komuniti menerusi projek keusahawanan bertujuan untuk menjana dan meningkatkan pendapatan komuniti. Bangunan tersebut menempatkan sebuah Kafe Komuniti, studio digital, ruang bagi aktiviti keusahawanan dan sebuah pusat tuisyen untuk komuniti Kampung Melayu Wira Damai.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
KAFE KOMUNITI : KAFE DAMAI
UiTM
KAM-UITM-01
KAFE KOMUNITI : KAFE DAMAI

Projek Kafe Komuniti : Kafe Damai adalah satu inisiatif bagi memperkasakan sosioekonomi komuniti Kampung Melayu Wira Damai dengan pembangunan dan pengoperasian sebuah kafe di Pusat Pembangunan Ekonomi Komuniti Wira Damai bagi merancakkan aktiviti keusahawanan khususnya perniagaan kafe oleh komuniti kampung.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
PROJEK PEMBINAAN & PEMBAIKAN PARIT
UiTM
KAM-UITM-02
PROJEK PEMBINAAN & PEMBAIKAN PARIT

Projek ini telah dilaksanakan bagi memperbaiki dan menambahbaik sistem saliran di kawasan kampung bagi mengurangkan risiko banjir kilat dan takungan air. Pelaksanaan projek ini juga secara langsung telah mempertingkatkan lagi kebersihan dan keselesaan persekitaran kampung menerusi pembaikan dan penyelenggaraan longkang yang lebih efisien dan teratur.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
LATIHAN USAHAWAN KAFE & BARISTA
UiTM
KAM-UITM-03
LATIHAN USAHAWAN KAFE & BARISTA

Projek ini telah dilaksanakan bagi melatih beberapa penduduk Kampung Melayu Wira Damai dengan kemahiran sebagai barista dan memperkasakan ilmu berkaitan pengoperasian kafe yang menyediakan makanan yang selamat, sihat dan berkhasiat.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
LATIHAN USAHAWAN PRODUK MAKANAN RETORT
UiTM
KAM-UITM-04
LATIHAN USAHAWAN PRODUK MAKANAN RETORT

Projek ini telah dilaksanakan untuk membangunkan dan melatih usahawan wanita Kampung Melayu Wira Damai bagi menjana pendapatan menerusi penghasilan dan penjualan produk makanan retort.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek
PROJEK KEUSAHAWANAN CENDAWAN
UiTM
KAM-UITM-05
PROJEK KEUSAHAWANAN CENDAWAN

Projek ini telah dilaksanakan untuk melatih beberapa penduduk Kampung Melayu Wira Damai dengan ilmu dan kemahiran keusahawanan cendawan dimana menerusi hasil tuaian cendawan yang diperolehi para peserta dapat menjana pendapatan tambahan.

Lokasi Kg. Melayu Wira Damai
Status Selesai
Lihat Maklumat Projek