Penglibatan 7 universiti awam dalam pembangunan komuniti, pemindahan ilmu, perkongsian kepakaran dan pelaksanaan projek Kampung Angkat Madani di Kampung Melayu Wira Damai.
7 universiti awam terlibat melalui 15 projek, termasuk projek kendalian universiti secara individu dan projek kolaborasi antara universiti.
Memaparkan projek yang melibatkan UM . Projek kolaborasi turut disenaraikan.
Projek ini adalah bertujuan untuk memperkasa para pelajar di Kampung Melayu Wira Damai menerusi pelaksanaan tuisyen percuma, sokongan motivasi, dan bimbingan akademik dalam beberapa subjek kritikal, bagi membantu para pelajar tersebut mengatasi cabaran pembelajaran dan mencapai kecemerlangan.
Lihat Maklumat Projek
Menerusi projek ini penduduk Kampung Melayu Wira Damai telah dilatih dengan ilmu dan kemahiran pemasaran digital bagi membolehkan para peserta untuk memulakan aktiviti perniagaan dalam talian (online) dan seterusnya menjana pendapatan. Para peserta juga telah diberi latihan berhubung pengurusan kewangan.
Lihat Maklumat Projek
Menerusi projek ini tinjauan keadaan jalan raya di Kampung Melayu Wira Damai telah dilaksanakan untuk mengenalpasti bahagian jalan yang rosak dan memerlukan pembaikan. Dua (2) jalan / lorong telah diperbaiki dan diturap semula. Kerja-kerja pembaikan jalan dilaksanakan mengikut spesifikasi teknikal dan piawaian yang ditetapkan
Lihat Maklumat Projek