Penglibatan 7 universiti awam dalam pembangunan komuniti, pemindahan ilmu, perkongsian kepakaran dan pelaksanaan projek Kampung Angkat Madani di Kampung Melayu Wira Damai.
7 universiti awam terlibat melalui 15 projek, termasuk projek kendalian universiti secara individu dan projek kolaborasi antara universiti.
Memaparkan projek yang melibatkan UTM . Projek kolaborasi turut disenaraikan.
Menerusi projek ini, dapur di dewan masyarakat Wira Damai telah dibaiki dan diubahsuai untuk menjadi ruang dapur yang selesa dan lengkap dengan peralatan dapur bagi digunakan oleh penduduk kampung. UTM KL telah berkerjasama dengan UiTM dalam memasang peralatan dan kelengkapan dapur tersebut. Sistem dan panel solar juga telah dipasang diatas bumbung Pusat Pembangunan Ekonomi Komuniti Wira Damai bagi membantu mengurangkan kos elektrik di dewan masyarakat tersebut.
Lihat Maklumat Projek
Projek ini telah melatih beberapa penduduk Kampung Melayu Wira Damai dengan ilmu dan kemahiran penyelanggaraan sistem penyamanan udara (hawa dingin) melalui latihan teknikal bersijil.
Lihat Maklumat Projek
Pusat Pembangunan Ekonomi Komuniti adalah satu inisiatif bagi memperkasakan komuniti Kampung Melayu Wira Damai dengan penambahan sebuah infrastruktur berupa bangunan kontena untuk dijadikan Pusat Pembangunan Ekonomi Komuniti bagi menyediakan satu pusat setempat bagi memperkasakan usaha peningkatan sosioekonomi komuniti menerusi projek keusahawanan bertujuan untuk menjana dan meningkatkan pendapatan komuniti. Bangunan tersebut menempatkan sebuah Kafe Komuniti, studio digital, ruang bagi aktiviti keusahawanan dan sebuah pusat tuisyen untuk komuniti Kampung Melayu Wira Damai.
Lihat Maklumat Projek