PROJEK PEMBAIKAN DAPUR DEWAN & PEMASANGAN SISTEM SOLAR
Maklumat Projek
Menerusi projek ini, dapur di dewan masyarakat Wira Damai telah dibaiki dan diubahsuai untuk menjadi ruang dapur yang selesa dan lengkap dengan peralatan dapur bagi digunakan oleh penduduk kampung. UTM KL telah berkerjasama dengan UiTM dalam memasang peralatan dan kelengkapan dapur tersebut.
Sistem dan panel solar juga telah dipasang diatas bumbung Pusat Pembangunan Ekonomi Komuniti Wira Damai bagi membantu mengurangkan kos elektrik di dewan masyarakat tersebut.