Projek ini telah dilaksanakan bagi memperbaiki dan menambahbaik sistem saliran di kawasan kampung bagi mengurangkan risiko banjir kilat dan takungan air. Pelaksanaan projek ini juga secara langsung telah mempertingkatkan lagi kebersihan dan keselesaan persekitaran kampung menerusi pembaikan dan penyelenggaraan longkang yang lebih efisien dan teratur.